Saturday, December 15, 2018

Al-Imran Ayat 43

3.3.43

Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 43:

.
Ringkasan tafsir;

Allah berfirman dengan maksudnya,  Wahai Maryam taatlah kepada Allah  dan rendahkan diri kepada Nya, sembahayanglah dan rukuklah bersama-sama dengan orang yang sembahayang dirumah ibadat itu, yang mana diletak Maryam di Mihrab yang lebih termulia dirumah Ibadat BaitulMuqadis.

.

[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8    


Al-Imran Ayat 42

3.3.42 
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 42:
.

Ringkasan tafsir;
Malaikat Jibril berkata-kata melalui ilham kepada Maryam yang mempunyai pengertian betapa tingginya kedudukan Maryam disisi Allah dengan melazimkan taat kepada Nya supaya lebih terpilihara kehormatan sehingga menjadi perempuan yang mulia lagi sempurna. Allah telah memilih Maryam
1. Sebagai khadam  berkhidmat dirumah ibadah baitulmaqadis, dibersihkannya pula sehingga menjadi suci lahir dan batin dengan tiada didatangi haid dan nifas yang melayak dirinya tinggal di Mihrab tempat yang paling mulia dikawasan rumah ibadah baitulmaqadis.
2. Kerana ditakdirkan melahirkan seorang Nabi tanpa pernah disentuh oleh lelaki, untuk tunjuk kekuasaan Allah kepada manusia, apabila Allah sebut “Jadilah” maka jadilah apa yang dikehendaki Nya.

Setelah diterangkan kelebihan Maryam. Malaikat Jibrl menyeru supaya Maryam mentaati Allah sebagai tanda kesyukuran terhadap Nya. Dan berfirman Allah dalam ayat dibawah (ayat 43).

.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Al-Imran Ayat 41

3.3.41
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 41:
.

Ringkasan tafsir;

Zakaria berkata lagi, “tunjuk kepada saya tanda perempuan saya mengandung”,

maka Allah menjawab melalui Jibril maksudnya, “Tanda isteri mu mengandung itu, apabila engkau tidak sanggup berkata-kata dengan manusia, bahkan lidah mu akan menjadi lemah kelu jika engkau hendak bertutur berkata-kata dengan manusia selama 3 hari 3 malam. Jika hendak berkata dengan mereka engkau mampu menggunakan tangan sebagai isyarat”.

.
[previous] [next] [home]





.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8